Kesusahanku di masa kecilku
Mengenalkan aku erti penderitaan
Kerana itulah aku tidak boleh
Mendengar orang menderita
Aku suka sekali menolong mereka
Kematian ibuku di waktu kecilku
Mengenangkan aku betapa sedihnya
Orang tak beribu kerana itulah aku simpati
Kanak-kanak yang tidak beribu
Inginnya aku menghiburkannya
Inginnya aku menggembirakannya
Kesusahanku di dalam kehidupan
Di dalam semua aspek pengalaman
Di dalam makan minum
Di dalam tempat tinggal
Di dalam berpakaian
Menjadikan aku sensitif dengan penderitaan orang
Rupanya pengalaman di dalam kehidupan
Banyak pengalaman dan juga didikan
Banyak menyedarkan dan menginsafkan
Sangat berguna buat perjuangan masa depan
(Back to Column 1,3 dan 4)
Itulah hikmahnya aku tidak mendapat pelajaran tinggi
Kerana keadaan kehidupan yang susah selalu menghalang
Tapi aku berpeluang belajar dengan kehidupan
Di sinilah aku dapat ilmu dan pengalaman (2x)
Aa... Aaa... Aaa.. Aaaaa...
No comments:
Post a Comment